"mencintai seseorang bukan kerana wajah.. namun, kerana hati dan perasaan nya hanya milik orang yang dicintai nya.."

Sabtu, 23 Februari 2013

Cinta Ku Hanya Milik Mu (bab 2)

kelihatan ilham berjalan menuju kerumah damia yang tidak berapa jauh dari rumah nya.. ilham lantas menaiki anak tangga dan mengetuk pintu rumah damia..

 "assalamualaikum.."  ilham memberi salam. terdengar suara tapak kaki menuju ke daun pintu.

"wa'alaikumusalam. " daun pintu terkuak, kelihatan emak senah sedang memperhatikan siapa yang memberi salam.

 "oh, ilham rupanya. ada apa ya.?" soal mak senah.

 "ya makcik. ilham nak jumpa damia sekejap boleh..? sebab ilham ada hal nak bincang dengan dia soal pelajaran." ilham tersenyum.

"oh.. nak jumpa damia.? sekejap ya, mak cik panggilkan."

 emak senah berjalan menuju ke bilik damia sebaik sahaja dia mempelawa ilham untuk naik dan duduk di sofa.

 " mia.. oh mia.., ilham datang nak jumpa mia." emak senah memanggil nama damia.

 damia yang sedang enak berbaring bingkas bangun dan membuka pintu bilik nya.

 "ilham datang.? kenapa dia datang mak.?" damia menyoal emak senah sebaik sahaja membuka pintu bilik nya.

 "dia cakap, dia nak bincang dengan mia soal pelajaran. pergilah, dia dah ada kat ruang tamu tu."

 ucap mak senah menjuihkan bibirnya kearah yang dimaksudkan. damia memanjangkan lehernya lantas menganggukkan kepalanya.. damia berjalan meghampiri ilham yang sedang duduk menanti kedatangan dirinya.

"ilham tunggu mia..?" damia menghampiri ilham lantas melabuhkan punggungnya disebelah ilham..

ilham tersenyum lantas menghulurkan buku pelajaran kepada damia. damia menyambut buku tersebut lantas membelek-belek buku matematik tambahan. damia mengerutkan dahi nya berkali-kali sambil memandang wajah ilham meminta kepastiaan..

"kenapa bawa buku matematik..?" soal damia..

"sebab.. ilham nak ajar damia belajar matematik ni.. mia kan lemah dalam matapelajaran ini..?" ilham tersenyum lantas mengambil buku latihan dan pensil, menandakan dia sudah bersedia untuk mengajar damia.

damia menganggungkan kepala lantas tersenyum mengerti maksud ilham. lantas, damia duduk di samping ilham dan mula mengulang kaji bersama ilham.. Dalam diam, ilham berharap jika suatu hari kelak damia akan lulus matapelajaran matematik  ini. mata ilham ralit memandang wajah damia. seakan-akan dia tidak akan ada peluang untuk melihat damia lagi.

damia tersenyum lantas mencubit paha ilham apabila dia menyedari yang ilham memandang wajah nya.

"kenapa ham pandang mia macam tu.?" soal damia pelik.

ilham mengalihkan pandangan nya kearah buku pelajaran dan cuba menyembunyikan wajahnya.

"mana ada ilham pandang mia. ilham pandang gambar kat belakang mia tu.. cantik." ucap ilham sambil tangan nya menulis sesuatu di buku latihan nya.

damia menoleh kearah gambar yang dimaksudkan ilham.. damia mengerut-ngerutkan dahinya. akhirnya, ketawa damia pecah jua setelah cuba untuk menahan ketawa.

"kenapa mia ketawa..?" ilham pelik melihat damia ketawa.

"mana tak nya.. gambar gajah tu ham cakap cantik..? hahahahahaha..." damia ketawa lagi..

ilham menunduk kan wajah nya yang sudah kemerahan menahan malu..

"aduh.. macam mana pulak aku boleh cakap yang gambar gajah tu cantik..? tengok ham.. sekarang kau dah kena ketawa oleh damia. padan muka." ilham mengutuk dirinya.

ketawa damia terhenti melihat wajah ilham. damia menghampiri ilham lantas memandang wajah ilham lama-lama. seakan-akan wajah itu pasti akan dirinduinya. dari mata, hidung, bibir dan senyuman ilham terukir indah dihatinya. seperti memahat tulisan di sebatang pohon..

"maafkan mia sebab ketawakan ilham.. mia tak ada niat ham." damia menundukkan wajah nya memandang lantai kayu dirumah nya.

ilham memandang wajah damia. tiba-tiba hati ilham dirundung pilu sebaik melihat wajah damia..

"mia, jangan lah macam ni. kita kan nak belajar. tahun depan mia kan nak PMR.. jangan buat muka sedih mia.. please." ilham cuba untuk memujuk damia.

damia memandang wajah ilham, dan tersenyum.. damia menganggukkan kepalanya tanda mengerti maksud ilham..

"kita belajar bersungguh-sungguh ok..? hehehe.. aja..aja...fighting..!! ilham.."

damia mengangkat  kedua tangan nya memberi semangat kepada ilham. iya, itulah damia dan juga ilham. persahabatan mereka memang akrab seperti isi dan kuku..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan