"mencintai seseorang bukan kerana wajah.. namun, kerana hati dan perasaan nya hanya milik orang yang dicintai nya.."

Selasa, 2 April 2013

Roda - Roda Kehidupan

kehidupan tidak seindah yang kita impikan..

kehidupan ibarat sebuah buku.

helai demi helai kita akan buka untuk mengetahui cerita selanjutnya..

begitulah hidup, helai demi helai kita akan mengharungi untuk hari esok.

jangan pernah menilai sebuah buku dari tajuk cerita nya.

boleh jadi, tajuk cerita yang kurang menarik namun jalan ceritanya indah..

kehidupan di dunia ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar.

sekarang kita berada dibawah, insyallah suatu saat kelak kita akan berada di atas.

apabila kita berada dibawah, kita akan berusaha sekuat tenaga kita untuk berada diatas.

jika sudah berada di atas, jangan pernah kita memandang orang dibawah dengan sombong.

kelak, boleh jadi kita akan berada dibawah semula.

kerana, hidup ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar.

ikhlas : cahaya ameera damia




Sabtu, 23 Februari 2013

Cinta Ku Hanya Milik Mu (bab 2)

kelihatan ilham berjalan menuju kerumah damia yang tidak berapa jauh dari rumah nya.. ilham lantas menaiki anak tangga dan mengetuk pintu rumah damia..

 "assalamualaikum.."  ilham memberi salam. terdengar suara tapak kaki menuju ke daun pintu.

"wa'alaikumusalam. " daun pintu terkuak, kelihatan emak senah sedang memperhatikan siapa yang memberi salam.

 "oh, ilham rupanya. ada apa ya.?" soal mak senah.

 "ya makcik. ilham nak jumpa damia sekejap boleh..? sebab ilham ada hal nak bincang dengan dia soal pelajaran." ilham tersenyum.

"oh.. nak jumpa damia.? sekejap ya, mak cik panggilkan."

 emak senah berjalan menuju ke bilik damia sebaik sahaja dia mempelawa ilham untuk naik dan duduk di sofa.

 " mia.. oh mia.., ilham datang nak jumpa mia." emak senah memanggil nama damia.

 damia yang sedang enak berbaring bingkas bangun dan membuka pintu bilik nya.

 "ilham datang.? kenapa dia datang mak.?" damia menyoal emak senah sebaik sahaja membuka pintu bilik nya.

 "dia cakap, dia nak bincang dengan mia soal pelajaran. pergilah, dia dah ada kat ruang tamu tu."

 ucap mak senah menjuihkan bibirnya kearah yang dimaksudkan. damia memanjangkan lehernya lantas menganggukkan kepalanya.. damia berjalan meghampiri ilham yang sedang duduk menanti kedatangan dirinya.

"ilham tunggu mia..?" damia menghampiri ilham lantas melabuhkan punggungnya disebelah ilham..

ilham tersenyum lantas menghulurkan buku pelajaran kepada damia. damia menyambut buku tersebut lantas membelek-belek buku matematik tambahan. damia mengerutkan dahi nya berkali-kali sambil memandang wajah ilham meminta kepastiaan..

"kenapa bawa buku matematik..?" soal damia..

"sebab.. ilham nak ajar damia belajar matematik ni.. mia kan lemah dalam matapelajaran ini..?" ilham tersenyum lantas mengambil buku latihan dan pensil, menandakan dia sudah bersedia untuk mengajar damia.

damia menganggungkan kepala lantas tersenyum mengerti maksud ilham. lantas, damia duduk di samping ilham dan mula mengulang kaji bersama ilham.. Dalam diam, ilham berharap jika suatu hari kelak damia akan lulus matapelajaran matematik  ini. mata ilham ralit memandang wajah damia. seakan-akan dia tidak akan ada peluang untuk melihat damia lagi.

damia tersenyum lantas mencubit paha ilham apabila dia menyedari yang ilham memandang wajah nya.

"kenapa ham pandang mia macam tu.?" soal damia pelik.

ilham mengalihkan pandangan nya kearah buku pelajaran dan cuba menyembunyikan wajahnya.

"mana ada ilham pandang mia. ilham pandang gambar kat belakang mia tu.. cantik." ucap ilham sambil tangan nya menulis sesuatu di buku latihan nya.

damia menoleh kearah gambar yang dimaksudkan ilham.. damia mengerut-ngerutkan dahinya. akhirnya, ketawa damia pecah jua setelah cuba untuk menahan ketawa.

"kenapa mia ketawa..?" ilham pelik melihat damia ketawa.

"mana tak nya.. gambar gajah tu ham cakap cantik..? hahahahahaha..." damia ketawa lagi..

ilham menunduk kan wajah nya yang sudah kemerahan menahan malu..

"aduh.. macam mana pulak aku boleh cakap yang gambar gajah tu cantik..? tengok ham.. sekarang kau dah kena ketawa oleh damia. padan muka." ilham mengutuk dirinya.

ketawa damia terhenti melihat wajah ilham. damia menghampiri ilham lantas memandang wajah ilham lama-lama. seakan-akan wajah itu pasti akan dirinduinya. dari mata, hidung, bibir dan senyuman ilham terukir indah dihatinya. seperti memahat tulisan di sebatang pohon..

"maafkan mia sebab ketawakan ilham.. mia tak ada niat ham." damia menundukkan wajah nya memandang lantai kayu dirumah nya.

ilham memandang wajah damia. tiba-tiba hati ilham dirundung pilu sebaik melihat wajah damia..

"mia, jangan lah macam ni. kita kan nak belajar. tahun depan mia kan nak PMR.. jangan buat muka sedih mia.. please." ilham cuba untuk memujuk damia.

damia memandang wajah ilham, dan tersenyum.. damia menganggukkan kepalanya tanda mengerti maksud ilham..

"kita belajar bersungguh-sungguh ok..? hehehe.. aja..aja...fighting..!! ilham.."

damia mengangkat  kedua tangan nya memberi semangat kepada ilham. iya, itulah damia dan juga ilham. persahabatan mereka memang akrab seperti isi dan kuku..





Isnin, 21 Januari 2013

Cinta Ku Hanya Milik Mu

"tinggi-tinggi gunung kinabalu.. tinggi lagi saya  sayang kamu.. lalalala.." damia menyanyi kecil sambil memandang kearah puncak gunung kinabalu yang terbentang dihadapan mata nya..

 "wah-wah... dah pandai menyanyi yea cik damia kita sekarang..?" soal ilham lantas melabuhkan punggungnya dan duduk disamping damia..

"laa...ilham baru tahu ke yang damia pandai nyanyi..?" soal damia lantas mengenyitkan sebelah mata nya,,

 "aduh.. ilham baru tahu lah mia sebab baru hari ini ilham dengar suara mia yang sumbang tu.." ilham ketawa terbahak-bahak..

 "amboi.. pandai lah ilham nak mengata suara mia ni sumbang ya..? habis? suara ilham tak sumbang..? sampai kucing tepi jalan yang elok-elok santai pun boleh lari dengar suara ilham tau.." damia membalas balik kata-kata ilham

ilham hanya mampu ketawa lantas mencubit pipi damia yang gebu..

"kalah lah tu.." damia berkata lantas berdiri dari tempat duduk nya..

 ketawa ilham reda lantas berdiri sebaik sahaja melihat damia berdiri..

"mia marah ke?." soal ilham cemas..

damia pantas menoleh kearah lelaki itu. damia tersenyum menampakkan lesung pipit nya yang dalam menambahkan kecantikkan wajahnya.

"tak, mia cuma nak berdiri sambil menikmati udara senja ini.." ucap damia..

 ilham tersenyum lega mendengar jawapan damia.. ilham berjalan menghampiri damia dan sama-sama menikmati angin petang yang segar. dari kejauhan bunyi orang berlari dengan pantas lantas menepuk bahu ilham dengan kuat.

 "oii.. kau kat sini rupanya. aku cari kau kat rumah, mak kau cakap kau dah keluar." ucap lelaki itu agak tersekat-sekat.

 "ya allah asyraf, terkejut aku. lain kali kalau datang tu bagi salam, ni tak main terjah je." ilham agak kesal dengan sifat asyraf yang sedikit kasar.

 "maaf lah, tapi aku tak sempat nak berhenti tadi tu lah aku terjah je.. ok kan..? terkejut tak? ha? ilham? damia.?" soal asyraf sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"adui budak ni, nasib aku tak ada sejarah penyakit jantung, kalau tak memang dah "selamat" jawab nya.." ucap damia mengurut dada nya.

 "apa yang selamat mia?." soal asyraf tidak mengerti. damia hanya dapat mengelengkan kepalanya.. "apahal kau cari aku.?." soal ilham tiba-tiba memecahkan kesunyian.

 pandangan asyraf beralih kearah ilham lantas mendekati ilham.

 "aku cari kau pasal aktiviti disekolah tu.. kau kan bendahari untuk pasukan bola sepak sekolah." ucap asyraf panjang lebar.

"habis tu, kau nak aku buat apa.?." ilham memandang wajah asyraf.

"ya lah, kau bincang lah dengan ketua dan cikgu untuk buat lawatan."

 "lawatan.?"

 "hurm.. sebab, kami orang pun perlukan masa untuk rehat dan berseronok. sekurang-kurangnya, kita boleh lepaskan tekanan." asyraf memberikan pandangan nya.

 "nantilah aku cuba bincang dengan cikgu hassan." ucap ilham lantas menarik lengan asyraf untuk mengekori damia yang sudah jauh berjalan dihadapan.

 asyraf, damia dan ilham duduk memandang lautan yang terbentang dihadapan mereka. mereka bertiga adalah sahabat baik yang tidak mungkin dapat dipisahkan. sikap asyraf lebih agresif, berbanding ilham yang agak lemah lembut terhadap damia. manakala damia pula, sikap nya lebih manja dan seorang yang periang. sikap nya itu lah membuat asyraf dan ilham menyayangi dirinya. disebalik pohon kelapa, ada seseorang yang sedang memerhati mereka bertiga. dihati orang itu penuh dengan kebencian melihat kebahagiaan yang diraih damia. 


"damia, jom pulang. dah nak maghrib." ajak ilham.

damia lantas berdiri dan mengekori ilham dari belakang. ilham mendekati asyraf.

"raf, kalau ada sesuatu yang berlaku pada aku, aku harap kau jaga lah damia dengan baik. dia sahabat kita dunia dan akhirat." tiba-tiba asyraf berhenti dan memandang kearah ilham.

"kenapa kau cakap macam tu..?." soal asyraf.

 "tak ada apa-apa, aku cuma kata kalau. tu saja." ilham berlalu pergi meninggalkan asyraf dan damia. damia berlari-lari anak menghampiri asyraf.

 "cepat betul ilham berjalan.? kenapa.?."

 "entah lah." hanya itu yang mampu asyraf katakan kepada damia.

damia mengerutkan dahi nya dan dengan perlahan kaki nya melangkah mengekori langkah jejak asyraf.

 "sudah.. damia lupa lah." damia menjerit kecil.

asyraf menoleh dan mendapatkan damia.

 "lupa apa..?" asyraf memandang wajah damia.

 "damia lupa barang yang nak dibagi kepada ilham. damia patah balik ke pantai dulu ya." damia berlari menuju kearah pantai dimana tempat dia dan ilham duduk tadi.

 praakk.. bunyi ranting patah seperti ada yang memijak nya. asyraf menoleh kebelakang dan melihat nurul di belakang nya..

 "eh, nurul. buat apa kat sini.?" asyraf menghampiri nurul. nurul tersenyum manis.

 "nurul lalu kat sini, tiba-tiba nampak abang kat sini tu lah nurul ada kat sini." asyraf mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.

"abang seorang je ke?."

"eh, tak lah, abang dengan damia tadi. tapi dia lagi pergi pantai ada barang yang terlupa. nurul seorang.?"

 nurul menganggukkan kepalanya lantas menghampiri asyraf.

 "abang, nurul ada hal yang nak di cakapkan."

"cakap lah."

"tapi, nurul harap abang dapat bersabar dan menerima semua ini dengan baik ya." nurul tampak sedih.

 "baiklah."




"asyraf.? asyraf.? eh, kemana pulak asyraf pergi ni.?."

 damia mencari-cari kelibat asyraf namun hampa. ternyata asyraf sudah pulang meninggalkan dirinya bersendirian. damia berjalan pulang menuju kerumah nya lantas memberi salam. pintu rumahnya diketuk berulang kali. emak senah berjalan menghampiri kearah pintu dan membuka nya.

"wa'alaikumusalam. baru balik mia.?" soal mak senah sebaik sahaja melihat wajah anak gadis nya. damia tersenyum dan mengiayakan pertanyaan emak senah.

"kau pergi mana.? dengan siapa.?" emak senah menutup daun pintu dan mengunci.

"dengan asyraf dan ilham mak." jawap damia lantas menuju kedapur. emak senah mengekori langkah damia dan mula membuka peti ais untuk mengeluarkan sayur dan ikan.

 "ayah mana mak.?" damia mencari kelibat ayah nya. 

"ayah kau dah perrgi ke masjid. malam ni ada majlis tahlil katanya." "oh. kak fira mana.?" damia menarik kerusi meja makan dan duduk menghadap emak senah.

 "apa lagi. tu, dalam bilik. entah apa yang budak tu buat dalam bilik dari tadi. tak keluar-keluar." emak senah mula membebel.

 damia tersenyum dan bangun meniti anak tangga menuju kearah bilik kakaknya. damia mengetuk pintu bilik kakaknya. safira menghampiri daun pintu dan membukanya.

"eh, mia dah balik rupanya.? pergi mana tadi dik.?" "dah, orang baru balik juga kak. pergi pantai dengan asyraf dan ilham."

 "oh, tiga sekawan pergi kepantai rupanya."

 safira berlenggang berjalan mengrhampiri meja belajar. laptop nya menyala menandakan safira  tengah melayari internet.

 "kak fira online ke.?"

"yup."

 "oh, kalau macam tu mia nak mandi dulu lah. bye.." damia keluar dan menuju kebilik nya.